Wednesday, 21 December 2011

Aku La Agent Ubat Kurus Yg Tak Kurus2 :)

Hari-hari kena bahan dengan pensyarah aku pasal aku debab . waaaaaa , titew malu la . halahai , ada lagi org yg lagi gemuk kat dalam kelas aku tuh haa tapi disebabkan aku sorang je yang sporting dan bole diajak melawak , maka aku la yang selalu jadi bahan . takpela , tak kisah la , asalkan aku faham apa yg dea ajar and I had so much fun in his class :)

Actually aku ada guna 1 jenis ubat diet ni tau , namanya SLIMHERBS , aku guna waktu cuti sem hari tuh . ada la jugak trun , dlm 2,3 kilo aku rasanya sebb aku ni jenis yg lemak pejal so susah nak trun berat badan tapi aku tak kisah sangat pon. then bila dah start sem , si lecturer yg kuat membahan aku ni dok merungut kata dea dah gemuk n dok tnya patut ka dea beli jusmate yg mahal ya rabbi tuh . so aku cakap la jus mate tu terlmpau mahal n bila dah stop , berat akan naek semula . fenomena krus sebb ubat diet dan gemuk semula bila berhenti guna ubat diet adalah fenomena biasa yer kawan-kawan .

ni la ubat kurus tu yer kawan-kawan , kalau korang berminat contact la aku , tapi adalah dikesali kalau korang tak kurus setelah makan ubat ni mcam aku kan , hehehe .Insyaallah berkesan :P
         

Then balik aku on9 fesbuk , aku chat la dgn lecturer aku tu haa , aku suggestkan dea beli je slimherb tu sebb murah ckit and aku dh try plus berkesan ubat tu kan , akhirnya selepas pujuk memujuk akhir-akhirnya dea terpedaya jugak , haha , ehhh , lupa nak cakap lecturer aku adalah seorg lelaki dan bukannya gemuk sgt , cuma buncit skit je dengan berat 89.9 kg , standard la lelaki kalau berat mcm tuh kan , xde gemuk sgt , actually aku rasa dea kalau kurus mesti kurang kehenseman dea , sebb nampk cengkung dan kulit dea akan makin gelap . haaa , tengok. tapi xpela sebb dea beria nak kurus kan ,  aku orderkn jela , after dea dh beli , dea asyik dok promote kat student2 dea, haishhh , malu aku , semua org tau aku yg suggestkan dea makan ubat diet tuh . dah macam agent ubt krus plak aku ni , pdhal aku xkurus2 pon , hehehe.

After 10 days , Alhamdulillah , berat dea dah trun dari 89.9 kg ke 85kg . hehehe . berkesan plak , bgus la, kalau tak mampus la aku sebb suggestkan ubat yg tak bagus kat dea :) pastu dok lorat kat aku sebb asal aku tak kurus2 lagi , hahaha . aku beli tapi makan maen2 n bukannya diet sangat pon , makan ubat diet sebenrnya untuk elakkn berat makin naek je . dok bodek2 aku konon2 aku ni kalau kurus mesti comey , ape aku gemuk , engt aku xcomel ke, cisss . . . engat aku mudah terpedaya ker . pastu ayat paling sentap bila dea bergurau kata 'kamu engt comel ke kalau gemuk' . last-last aku hentam la , tak kisah gemuk ke kurus asal kan CONFIDENT kan ? haa , terdiam dea . well , mira kan. engat senang ke nak ajak aku lawan berbicara , naseb baek aku ambek INSURANCE , kalau aku ambek LAW , mesti aku akan jdi peguam yg hebat. hehehe . .

 pas suma org tau encik kamil mcm dah kurus sikit , semua org mcm yakin dgn ubat tuh , hehehe  , pakat dok order , takpe-takpe , lagi ramai order lagi byk la produk free yg aku dapat kan . arytuh waktu lecturer aku beli pon aku dah dapat produk shining woman which is product untuk perempuan berkwen , masalahnye aku belum kwen kan . hehe tapi bole la untuk hilangkan keputehan n kepejalan dada kan , malu plak titew cta mcm niey, hehehe . aku tgh nak cdgkan kawan aku guna produk yg untuk selesaikan msalah jerawat , hehe . hopefully berkesan la , takpe la . aku jualkan kat org ubat kurus, kalau diorg kurus dan cantek ,aku tumpang gembira la kan walaupon aku dok mcm ni jugak la . *aku comel ape ( ayat sedapkan hati , huh ! )

Tuesday, 20 December 2011

Rampas La Kalau Berani !

      * aku paling pantang orang ambek barang aku , hak aku atau apape yg aku sayang ! *

tapi realitinya adalah aku ni yang tak pandai menjaga harta kesayangan aku dan juga INSAN yg aku sayangi . tapi aku takde la teruk sangat kan kalau bab-bab menjaga neh , kalau benda yg aku sayang mesti aku simpan elok-elok dan jaga leklok *tipu , aku sayang moto ego S aku tapi aku malas basuh , aku syg lappy aku tapi aku biarkan berhabuk , aku sayang tedy bear aku tapi aku biarkan berdebu , aku sygkan henpon aku tapi aku biarkan bercalar tanpa sarung , aku sayang adek-adek aku tapi aku sellu mrh diorg , hehehe . Halahaii , aku mmg mcm tuh , aku sayang tapi aku tak pandai jaga . sebab tu la org bole rembat apa yg aku sayang . wawawawawawa :(

     tapi kali ni aku kena tegas, aku takkan biarkan dea ambek apa yg aku sayang , kalau berani rebut la kan tapi kalau dah ternyata tu jadi hak kau , so aku rela tapi takkan semudah tuh ja aku nk bagi pada kau .

    HEY GIRL , BACK OFF , HE'S MINE !

Saturday, 17 December 2011

Jadi Tukang Masak Tak Bergaji :)

balik penat-penat semalam , hati tak yah cta la , sumpah tgh gembira . sapa tak gembira wehhh , even tak cukup tido n penat gila babun dok memasak kat umah miss aida , suma org puji-puji masakan aku sedap . rasa nak menangis pon ada . terharu wehhh . sekurang-kurangnya terserlah jugk bakat lain dlm diri aku ni . dapat jugak aku buktikan yg aku ni bukan sekdar DL every sem je tapi waktu jadi tukang masak berjaya jugak , hehe . masak plak dgn ikhwan . lgi la berkobar-kobar hati . hehe . tapi penting aku mcm seronok sgt bole jadi chef semalam , sampai kan tgn luka kena pisang pon aku still cergs dok ramas cabai kering bagai , last2 malam bru terasa pedih Ya Rabbi , tapi hati paling puas sebb semua yg aku msak hbes , pastu ramai yg mintak nak bungkus bawak balik ayam masak merah . huwaaaa . . naseb baek la menjdi , hari sebelum tuh aku smpai xley tdo sepnjg malam sebb gelabah . hehe . pastu pakat dok puji resipi popia pisang tuh , hurmmm . tu kena berterima kseh kat si tukang bagi resipi kan walaupon aku dh melingkupkan resipi dea , org suruh celup coklat , aku ngn ikhwan tibai tuang ja coklat tuh . fine la , aku mmg xsuka makan popia tu dgn coklat. mnes sgt . hehe . Actually ada rahsia yg semua org tak tau , aku sebenrnya xpenh msak ayam msak merah dgn acar timun pon , hehe . aku sellunya tolong msakkn bahan ja time mak aku msak , hehehe . tak sgka berbekalkan engatan aku tuh aku bole mask sendri n rasa msakan tu sama mcm mak aku masak . fuhhhh . lega . hehee
And the best moment bila mak aku kol tnya macamna masak , n aku cakap suma org komen aku masak sedapp . aku bukn masak untuk sorg tapi untuk 60 org makan tau . fuhh .. The best moment ialah bila mak aku cakap 'MAK TAK SANGKA ANAK MAK BOLE BUAT SENDIRI , TAHNIAH .' terus menitis air mata aku ,buat mak aku bangga tuh dh dikira perkara paling bahagia dalam hidup aku sebenrnya . Sekurang2 nya mak aku tau aku mmpu buat sesuatu benda tuh n aku berjaya tunjuk kat semua org yg mak aku pandai didk aku buat keja rumah , mau tak bangga mak aku kan . terus terasa penat lelah yg cuma tdo kul 6 pagi pastu bgun g pasar pukul 8 pagi memg berbaloi , terasa penat lelah dok memasak sepanjang hari tu sangat bermakna . tak sia-sia bukan sebb kawan2 dan lecturer yg puji tapi sebab mak cakap mak tak sangka aku mampu buat .
* entry ni bukan nak puji diri sendiri tapi sebenrnya nak crita betapa aku gembira bila hati seorang mak rasa bangga bila anak dea berjaya buat apa yg dea harapkan sebb dri kecik mak aku sellu bebel n marah2 aku sruh belajar masak , Alhamdulillah , berbaloi usaha mak aku :P ( mana-mana makcik tu meh la meminang saya ) hehe

It really hurt me :'(

Don't Worry ! I Just An Ordinary Girl Which Is Never Can Love More Than One Guy At The Same Time . Insyaallah , I won't And I hope Allah Will Never Let Me Fall In Love With You Cause Now I Realize, I Do Hate People That Don't Believe On DESTINY ♥
*kecewa dgn kau wahai kawan :(

Tuesday, 13 December 2011

Tau tak apesal untung sgt jadi PEREMPUAN ;)

cer baca entry ni sampai habes .
19 hadith tentang wanita

Berikut adalah petikan 19 hadith tentang wanita dari kitab Tanbihul Ghafilin.

1 - Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2 - Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3 - Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4 - Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5 - Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6 - Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah s.w.t.

7 - Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8 - Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9 - Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10 - Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11 - Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12 - Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13 - Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14 - Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 - Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 - Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 - Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 - Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 - Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Sebab Lelaki Perut Buncit Selepas Nikah .

Actually aku dah lama tau benda neh dari mulut kawan-kawan aku . Eishhh . aku kan innocent . mana tau ni semua , semua kawan aku yg cerita la . haha . budget betul la hang ni mira . tapi apa yg kawan2 aku dok gosip-gosip tu ternyata betoi bila aku baca sendiri kat article neh .

- Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’. ~ Sumber: Majalah Maskulin edisi Ogos tahun 2009. -

Halahai . naseb badan la kan . kawen tu dapat nikmat tapi dapat jugak la hikmah jadi buncit jugak kan . tapi si isteri pon mengalami kesan yg sama mcm si suami jugak sebenarnya pastu si suami sibuk dok bising kata bini tak pandai jaga badan padahal dea pon buncit jugak  . tak pandai waklu , alasan le tuw nak cari bini laen . laki aku esok buat macam tuh , siap la . aku baling suma periuk belanga atas kepala . padan muka . huh . haishhh . kang jadi bini derhaka pulak ye dakk . hehehe .Agak-agak kalau aku makin gemuk lepas kawen camna . tak pon lepas beranak . warghhh . dugaan tuh . takut sebenarnya . gemuk macam sekarang aku bole la accept lagi . kalau dah gemuk sgt smpai nk beli kaen baju pon kena cari saiz Xplus . macam mana wehh. takkan kawen xmau layan suami , xmau beranak . berdosa tuh . 
 
*moral of the story - WAHAI KAUM LELAKI , NAMPAK TAK PENGORBANAN ISTERI-ISTERI KORANG YANG SANGGUP MELAHIRKAN ZURIAT SI SUAMI WALAUPON TAHU RISIKO UNTUK GEMUK SGT TINGGI LEPS BERANAK . WELL , SAPA YANG NAK GEMUK KAN . AKU SENDIRI PON TAK MAU  , TAPI DAH SEJAK AZALI AKU MMG GEMUK KAN . HEHEHE

9 PERKARA YG TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN DGN LELAKI :)

1. Jangan ceritakan ada laki laen yang diam-diam meminati pada korang, apalagi jika lelaki tuh member lama korang atau kawan bf/suami korang sendri .

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

*copy from blog rojak :)

Saturday, 10 December 2011

Selamat Hari Jadi Wahai Myra :)


Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke 20 Wahai Mira , Semoga Hidup Kamu Akan Terus Disinari Cahaya Keberkatan Dari Allah SWT . Bersyukur La Kamu Kerana Masih Dibenarkan Bernafas Di Muka Bumi Milik Allah Ini . Terus La Menyinari Wajahmu Dengan Senyuman Dan Ketawa Agar Tiada Kesedihan Yang Mahu Hinggap Di sisi Hidup Mu , Jadi La Anak Yang Berguna Dan Hamba Allah Yang Tak Pernah Lupa Bersyukur KepadaNya , Ya Allah , Aku Bersyukur Kepada Mu Kerana Dengan Limpah Dan Rahmat Mu , Aku Masih Bernyawa Dalam Keadaan Sihat Sejahtera . Amin Ya Rabbalalamin.

*ucapan untuk diri sendiri :P

TITEW REMBAT GAMBAR  DEA KAT FESBUK DEA , HEHEHE  *JANGAN MARAH , NNTY KENA JUAL.
The special thanks for that person sebab celebrate besday aku . Damn , rsa nak nges sebab dah bertahun tak sambut besday . Warghhh , mummy . titew terharu sangat-sangat . terima kaseh yg berjuta-juta sebab gembirakan saya , hehehe . and kegembiraan tu maseh terasa walaupon besday aku dah berlalu 2 hari . rasa terubat hati bila ada org yg sudi menggembirakan aku at the time the person that i wish will make me happy was making me down and sad . HAHA , let it be cause I don't care , I just care about the person that care about me . Rasa nak jatuh air mata bila sambut besday kat bawah cahaya rembulan kat tepi pantai klebang tuh . romantik hbes sehh , suwit gila . ( aku eja SUWIT mcm Fariz eja ) HAHA , okay fine , tengok ombak rindu tak nges tapi benda macam ni nak nges plak kan . senget punya mira .
TERIMA KASEH ABG FARIZ . WALAUPUN TAKDAK ABG , TERASA MACAM ADA ABG KANDUNG SENDIRI PLAK TETIBA :)

IT WILL BE A DAY THAT I GONNA  REMEMBER FOREVER . THANK FOR LET ME HAVING THAT CARING AND LOVELY FRIEND WHICH MAKE  ME FEEL SO HAPPY AND IMPORTANT :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, 7 December 2011

Oh baby Bruno , I love U

I've been working hard so long
Seems like pain has been my only friend
My fragile heart's been done so wrong
I wondered if I'd ever heal again

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin'
I know I can make it, today my life begins

Yesterday has come and gone
And I've learnt how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)
I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins

Life's too short to have regrets
So I'm learning now to leave it in the past and try to forget
Only have one life to live
So you better make the best of it

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins
Today my life begins...

Lirik lagu bruno mars .TODAY THE LIFE BEGIN :P
Aku minat gila lagu neh . ada la dalam berpuluh-puluh kali aku ulang lagu neh everytime aku bukak lappy . give me motivation that this life is so short to be waste for regret what we have done before .

Monday, 5 December 2011

Ada Bff lelaki fun tapi . . . .

Ingat senang ke nak cari lelaki yang nak berkawan rapat dengan korang tanpa ada romantic feeling? Susah beb.dan aku sendiri sellu sangkut hati dgn kawan rapat lelaki aku . tapi aku jugak selalu kehilangan kawan lelaki sebb romantic feeling tuh . haishhhh . dan aku harap kali ni aku tak hilang lagi kawan aku sebab benda bodoh macam niey . Just imagine one day if my friend admit that he love me eventhough he know i do has a bf but he still care and loving me . Why not one day when I lost my bf then I might @ will go to him cause I know he's the one that sincere and love me deeply . See , love is not something difficult to me . cinta bole dipupuk apatah lagi kalau ada keserasian . It simple dude . U the one make it difficult .

*sekurang-kurangnya pengorbanan menanti tu tak sia-sia dan si perempuan tu bole menilai kesungguhan si kawan lelaki nyer :)

sokongan dri yg tersyg

bila aku komen-komen kat facebook dengan pakcik aku . aku bagitau aku harap sangat dapat Anugerah Naib Canselor ( ANC ) . bukan untuk banggakan diri tapi sebagai hadiah buat mak aku . Then bila pakcik aku balas komen " try ur best honey " yess . I'm crying . sebab ayah aku tak penah cakap macam tuh kat aku . bukan sebab ayah aku tak sayang aku cuma ayah ialah insan yg jarang meluahkan dan menunjukkan kasih syg nyer yg bergunung buat anak-anaknya neh . Rasa terharu bila insan-insan tersayang disamping kita memberi sokongan bila kita bersungguh buat something . and yang penting rasa dihargai dan rasa kejayaan kita memberi sejuta makna . and of course everything is for them . MY FAMILY AND MY BELOVED ONE :)

Bila masa plak aku dok bertunang neh !

semalam kemain naik temperature otak dan hati aku bila ayie bgtau mak dea tnya ayie "mira dah tunang ka" dan tak psal2 aku bengang smpai ayie pon aku sembur . ntah sapa la yg dok buat cerita bagai neh . bukan sekali dah byk kali org tnya aku soalan yg sama . dok bertunang ngan sapa plak dah ? hari tuh dgn epul pon aku dah ngamuk , pehal ntah dok sebut-sebut bab tunang tuh . i hate that okay. pastu arytuh mona tanya . mggu lepas Kiroh plak tanya . haiyaa .

benda tuh buat aku menyirap . baru aku paham kenapa artis bole jadi gila bila org buat cerita pasal diorg . see , aku belum jadi artis lagi tapi aku dah rsa tension bila org dok bawak cerita mcam neh . aku tak penah terpikir pasal nak bertunang or what so ever . kalau family aku tau benda-benda cmniey . tak pasal  aku kena mrah sebb dok pandai-pndai buat janji sendri .

Dan aku sendiri pon tak dapat luangkan masa dengan sepet ni kan nak bertunang bagai . tak sampai sebulan bertunang kang terus putus tunang . tak nak ah aku macam tuh . sekurang-kurangnya biar la aku yakin dan dapat petunjuk dari Allah bahawa dea tu la yg di jodohkan dngan aku so baru la aku nak bertunang .

jumaat mgu neh  aku baru nak menginjak umo 20 , so what the hell aku nak bertunang bagai . there is still a thousand thing that i need to focus on . CINTA takkan jadi keutamaan selagi harapan mak ayah aku tak tercapai :)

*tapi aku still bangga gila sebab siang tadi adek sepet kol and borak-borak ngan aku dalam fon n dea habaq kata mak dea suka aku sebab aku pandai ambek hati family dea . well , mira kan :P

Sunday, 4 December 2011

Ombak Rindu Yg Kecewa .

Dan sgt la dukacita bila ombak rindu yg aku tertggu dan ternanty tuh dri sejak bulan november lagi tapi aku belom sempat tengok sebab tak de geng nak pegi . Actually dh tawar hati nak pegi sebb asyik tak jadi je . Ary neh je dah 5 Dec . Dah 5 hari crita tuh kluar . Aiseymenn . tak nak tipu ar , kecewa gila sebb masih belom g tengok , padahal aku kaki novel plak .Memg kalau bca novel tuh , mak aku pgl pon tetiba aku jadi bisu dan pekak hingga tak dengar dan tak mampu menjawab , tipu tuh . aku suka buat- buat tak dengar , hehe .

Dan halangan yg paling besar nak g tengok sebab tak de geng nak pegi , hehe . sedihh wehh . mula-mula nak g ngan nana , tak jadi sebab dea lepak ngan coursemate dea , aku apa kenal plak bebudak akaun tuh kan . so aku relakan peluang tu berlalu pergi . peluang kedua ngan sal , emy ngan yat . aku tak ekut sebab waktu tuh budget duit . memang tak de duit , kalau ada confirm aku pegi tapi kalau aku pegi dgn diorg pon sia-sia jugak sebb diorg punya taste bila tengok movie mana sama ngan aku . kang tak pasal2 bertekak sebab crita tuh . awal2 lagi diorg dh conclude yg cta tuh tak best n hasut suma org jgn pegi tengok . cisss !

peluang ketiga bila cik tira ajak aku pegi petang ary sbtu tuh , alang2 kitaorg dh kat cheng baik kitaorg straight je g jusco nek moto tengok ombak rindu kan , tapi mengenangkan fariz belom tgok lagi and aku plak over excited nak tengok dgn dea , maka aku tolak pelawaan si bakal penyanyi tuh . Dan peluang terakhir bila aku engat after family day ary ahd tuh , aku bole kua g tgok dgn fariz , haishhh . tetiba cik abg sorang tuh tak nak plak atas alasan-alasan yg tidak aku ambek tahu . haiii . naseb bdan la . bila semua peluang aku lepaskan sia-sia je . warghhhh .

Part paling bangang bila aku sedih sampai meleleh air mata semalam sebb tak dapat nak tengok ombak rindu . haishhh , mira , apesal dgn kau . lembik sgt neh . chill la , it just a movie okay . well , aku ni tau-tau je la , kalau aku teringin apape , selagi tak dapat selagi tu la aku dok beria sebut nak jugak . dan aku engat the same situation happen last years , bila mana aku beria2 nak tgok cter CUN , tapi semua org tak layan sebb diorg tak minat cte tuh . tak de ar touching pon tapi sedia maklum la sesungguh nye aku sush nk menerima sesuatu yg aku nak aku tak dapat .

But wktu cta CUN tuh , thanks to sepet la . bawak aku g tengok kat time squares even aku tau dea tak enjoy pon cta tuh sebb dea lelaki plak , apa dea minat crita macam tuh . cta lawan-lawan dea minat la kan. Tapi kali neh ombak rindu jgn mimpi la dapat lagi dea nak bwkkan mcm dulu kan . busy smpai nk msj nk kol pon xsempat ni kan nak temankan aku tengok wyg . mmg tak la kan . tapi takpe . lama-lama mesti aku akan hilang keinginan nk tgok cter tuh . macam HANTU BONCENG dulu , bila semua org mls nk pegi , then aku pon twar hati n lastly aku langsung tak tengok cta tuh even dalam lptop nana pon ada cter tuh. Myra plak , once dh tawar hati , mmg tak la aku nak buat lagi kan .

*Noor Jannah Ali'Yasak , Aku mmg harap gila hang ada kat cini wehh . At least bole kita nges sama-sama dalam panggung pastu ketawa tengok ketidak malu an masing-masing . hehe

Marah dan Kawan !

Damn , Bengkek weh hati . tetiba aku touching . aku tengah rasakan ada someone are trying to ignore me ( jauhkan diri ) haishhhhh . kalau kau nak jauhkan diri baek tak yah kawan dari awal tau . Aku memg emo kalau bab kawan-kawan neh . dah ar semalam si mamat tu dh buat aku angin . Kau nak buku , baru kau cri aku . porahhhh . apehal ntah kawan-kawan aku kalau yg laki ni msti tak semenggah mana . pompuan pon sama , putus kawan sebb pakwe la hape la . well , yg namanye kawan mmg takkan kekal selamanye . Nampak tak emo disitu. hehe . sometimes , not sometimes tapi everday aku harap Jan ( makcik aku ) ada kat sini . apesal la aku kat Uitm Melaka , Dea kat Poli Kulim . haishhh. tape la mira , tak baek mengeluh .

Ada pakwe mcm xde pakwe aku neh . tak , bukan salah sepet . takdir kitaorg memg mcm ni . nseb ah kena berjauhan kan . tapi mmg aku harap tak payah ada dekat pon . sekurang-kurangnye ada benda-benda tak elok yg dapat dihindari kan . xde la hegeh2 nak kluar jalan sambil berpegangan tgn ke hape kan . kan dapat dosa free nnty .

dan aku tak paham apehal aku touching 2,3 hari neh hah , ye la . aku tengah stress kan . dengan badan penat . dengan kontrvasi psl aku bertunang la hape la . hell yeahh . semua org kena tempias marah aku . dan satu-satunya org yg sellu ,bukan sellu tapi terpksa jadi mangsa adalah sepet , bila dea call , aku bebel dan marah-marah . wehhh , apehal weh suma nie buat aku marah hah . come on la mira , marah tu hasutan setan tau .

*aku tau aku dah macam baby dah skang . memanjang touching cam bangang kan .
Ya Allah , Aku mohon pada-Mu , kau buang kan la dan jauhkan diri hamba-Mu yg hina neh dari segala amarah dendam kerana sesungguhnya hati yg dipenuhi dengan perasaan marah dan dendam cuma akan membuatkan aku gelisah dan hilang ketenangan .Amin :)

Family Day Bebudak Insurance

Wehh , penat seh . sellu nya aku jarang join event budak2 course aku tapi mengenangkan aku dah sem last kan sem 6 la kononnya , maka aku berjiwa cintakan kelab MIND's . hehe . penat nak mampus wehh . padahal aku masuk 1 acara jer . semua ada 3 acara . mula-mula acara bola beracun , second tapak kaki gajah . aku tolong tengok ja la . last acara tarik tali . semua org menjerit-jerit . 'kak long , jom kak long , kak long lead kitaorg ' HAHA . aku pon masuk la . dok depan sekali plak . first game kitaorg kalahh . aku rasa aku bukan tarik tali tapi macam tarik pokok kayu balak yg besar tu nak bagi tumbang . mak aii . sumpah penat doe . aku rasa cam nak luruh tangan aku . bongok betul , game kedua kitaorg menang . final , confirm ah kitaorg menang . aku rasa mcm nak tercabut nyawa ke hape . penat tak yah cta wehh . bru nk relax jab pastu asya plak semput sebb men tarik tali , berlari aku pegi kat dea . risau gk oh , aku rsa slh sebb biar dea maen pdhal dea ada semput tuh. Alhamdulillah last2 okay gak minah tuh . Waktu nak basuh tgn time nak makan nsi , baru la terasa wehhh pedih gila jari jemari puteh melepak aku neh . luka sehh . dah la xde hadiah untuk acara tarik tali, tu yg buat aku lagi bengkek tuh . tapi whatever it is , memang fun gila . terserlah aku punya semangat course this sem . Balik rumah terbongkang atas tilam , tido . dah la frust sebb fariz xnak kluar g tgok ombak rindu . haishhhh . bangun tdo , mandi . bahu kiri kanan lenguh ya Rabbi . rsa nak cabut letak tepi pon ada jugak . kebulur . last-last makan megi kari ngn sosej je . plus roti vanilaa , yup . byk aku makan sebb kebulur . siang xmakan ! HEHE .

 Tengok la betapa gagah perkasanyer kitaorang . okay finee . tak nampak gambaq aku sebb aku depan sekali . penat nak mampus :P


 Ni ha si sepet AFD ( ikhwan ) . Alahai . diorg kalah sehhh . sedih betul . Hbes suara aku menjerit-jerit memberi sokongan padu kat si ikhwan neh . Almaklum la aku kan peminat setia dea dri part 1 smpai sekarang . HAHA . tapi masa last sekali dea mmg nampak nazak , macam nak semput sehhh . sumpah aku risau . kang jadi pape kat dea kang . haiyoo . clasmte aku tuh . xde dea sapa nak kacau2 aku kat kelas kan :P

Go jepah , go jepah . HAHA . terkejut aku tengok jepah msuk tarik tali . kemain lagi mamat neh . Aku rasa esok lusa aku mungkin  xde suara sebb aku terjerit2 smpai terbatuk-batuk . hehe.


*actually aku xsempat nak ambek gambr bebanyak tadi . gambar-gambar ni aku kidnap kat facebook ekin . mana sempat nak ambek gambar kan , aku kan pom-pom girl . sibuk bagi semangat kat diorg pdhal time kitaorg bebudak ni hampehhh xbgi semngat . duk relx je . finee , diorg penat sebb bru leps main tarik tali (ayat sedpkn hati)