Monday, 31 March 2014

Doa seorang MAK :)

Mak selalu cakap

" Mak selalu doakan anak-anak mak dapat hidayah dari Tuhan , mudah-mudahan rajin sembahyang . Sembahyang cukup 5 waktu . Sentiasa engat Tuhan. Dan mak juga selalu doakan anak-anak mak dapat jodoh yang baik , jumpa pasangan yang boleh bimbing anak-anak mak sebab mak tau anak mak ni serba kekurangan  " .  

Ada lar dekat 3,4 kali aku dengaq mak ulang benda neh . But seriously aku nak kongsi dengan korang betapa mujarabnya doa mak aku . Dulu aku ngan adik -adik memang malas sembahyg . Bukan nak buka aib tapi nak dijadikan pengajaran , mengaji al-quran pon malas . 
Tapi alhamdulillah , mula-mula aku yg start berubah . lepas tuh si hanif plak adik kedua aku dan skrg adik pertama aku si mirul . Sembyang cukup 5 waktu walaupun mungkin bukan di awal waktu dan dah saling ingat mengingati sesama kami pasal solat . Syukur alhamdulillah . Semuanya dah belajaq pegang yasin , pegang al-quran dah rajin pegi ceramah agama bagai . Syukur lah . Syukur lah . Syukur lah . Aku sendiri dah boleh hafal yasin dan dah mula start baca al-quran semula dari awal dan niat nak habeskan 1 al-quran tu tahun ini jugak . Sehari baca 1 atau 2 mukasurat . niat dihati tahun depan aku nak habeskan baca tafsir pulak . Moga-moga Tuhan panjangkan umur . Amin . 

Sekarang aku percaya , memang orang kata doa seorang ibu itu mujarab . Sabarnya mak aku melayan kerenah aku dan adik adik yang degil dah terbalas . Dan terima kaseh jugak pada Tuhan sebab kurniakan kami seorang ibu yang penyabar , yang tak pernah merungut dan mengeluh malahan sentiasa mencuba yang terbaik . Well , aku bukan penyabar macam mak aku la kan .

Thursday, 27 March 2014

Kenapa aku tiba-tiba berubah?


SAAT AKU MEMILIH UNTUK MENINGGALKAN DUNIA BERCINTA , AKU MINTA PERPISAHAN DARI KEKASIHKU SETELAH 7 TAHUN BERCINTA NAMUN AKU YAKIN ALLAH MENEMANIKUH DAN AKU INGIN REDHA NYA SERTA JAUHKAN DIRI DARI MAKSIAT .

SAAT AKU MEMILIH UNTUK MELABUHKAN TUDUNG, MELONGGARKAN PAKAIAN , MENSTOKINKAN KAKIKUH DAN MENSARUNGKAN KESELURUHAN TANGANKUH , AKU SEBENARNYA INGIN MENJAGA AURATKUH . AKU TIDAK MAHU KULIT PUTEH GEBUKUH MENJADI JAMBATAN AKU KE NERAKA . AKU MAHU KALIAN WAHAI LELAKI MENGHARGAI AKU KERANA AKHLAKKUH .

SAAT AKU MEMILIH UNTUK MENETAP DIRUMAH BERSAMA KELUARGA BERBANDING KELUAR BERSAMA SAMA RAKAN-RAKAN SEPERTI DAHULU , AKU SEBENARNYA INGIN MENJAGA ADAB PERGAULANKUH DAN MARUAHKUH.

SAAT AKU MENJAGA PERGAULANKUH , MENGURANGKAN BERTEGUR SAPA ATAU BERMESEJ DGN RAKAN LELAKIKUH , AKU SEBENARNYA INGIN MENGELAKKAN DARI MENIMBULKAN FITNAH.

SAAT AKU MENJAGA SOLATKUH DAN SELALU MENEKANKAN SOLAT KEPADA ADIK ADIKKUH ,AKU BERNIAT INGIN BERSAMA SAMA DENGAN KELUARGA MENDAPAT REDHA ALLAH .

SAAT AKU MEMILIH UNTUK MEMBACA QURAN DAN YASIN DAN MENJADIKAN IANYA RUTIN HARIAN SERTA MEMCARI ILMU ILMU AGAMA DI INTERNET DAN BERTANYA PADA YANG LEBIH ARIF , AKU SEBENARNYA MAHU HIDUP DI LANDASAN YANG BENAR .
DAN CUMA 1 HARAPANKUH , AKU INGIN KE SYURGA ALLAH YANG INDAH ITU BERSAMA-SAMA MEREKA YANG AKU SAYANGI .

AKU MAAFKAN SEGALA DENDAM DAN MARAHKUH PADA YANG LAIN , AKU MOHON MAAF DAN MENJAGA PERLAKUAN KUH SUPAYA TIDAK MENYAKITKAN HATI SESIAPA LAGI KERANA AKU INGIN MATI DENGAN TENANG .

DAN SAAT PALING GEMBIRA BILA ADEK ADEK KUH SUDAH BERUBAH BERSAMA KUH  . MUNGKIN SEDIKIT LAMBAT BERBANDING AKU TAPI SYUKURLAH MASIH DIBERI KESEMPATAN .

AKU TIDAK MAHU AYAHKU DISEKSA DIKUBUR HANYA KERANA AKU YANG MASIH HIDUP DIDUNIA MELAKUKAN DOSA.

TIDAKKU GENTAR DENGAN KATA-KATA NISTA. TIDAK KU PEDULI PADA MEREKA YANG MENGATAKAN AKU NAMPAK GEMUK BILA MENGENAKAN PAKAIAN YANG BESAR DAN LONGGAR . AKU TIDAK PEDULI KATA-KATA ANDA . BIARLAH AKU GEMUK DIDUNIA ASALKAN AKU BAHAGIA DI AKHIRAT .

BIARLAH AKU NAMPAK BURUK DIMATA MANUSIA, JANGAN BURUK DI MATA ALLAH SWT.

DAN SUNGGUH KUSESALI KESILAPAN DAN DOSA SERTA MAKSIAT YANG AKU LAKUKAN DI MASA SILAM . MUDAH MUDAHAN TUHAN MENGAMPUNKANNYA . AMIN

Monday, 17 March 2014

Janji Allah SWT

8 janji Allah yang tidak akan dimungkiri:

1. Apa yang disedekahkan dan dikorbankan secara ikhlas Allah akan kembalikan..

2. Mereka yang sakit dan sabar Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu…

3. Mereka yang ditimpa musibah kemudianbersabar Allah akan mengangkat darjatnya…

4. Mereka yang menutup aib orang lain Allah akan menutup aib dirinya dunia dan akhirat….

5. Mereka yang berdoa kepada Allah, Allah akan memakbulkan sama ada cepat atau lambat…

6. Mereka yang memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya Allah akan memuliakannya….

7. Mereka yang cukup solat 5 waktu dengan sempurna Allah akan memasukkanya ke dalam syurga….

8. Mereka yang berdosa kemudian bertaubat dan beramal soleh Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka dengan hasanah.

# saya juga salah seorang hamba-Nya yang kembali ke jalan-Nya . Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segalanya . InshaAllah :)