Friday, 16 November 2012

Dugaan Allah buat aku kuat :)

Bilamana ada insan yg sentiasa rasa tak cukup dengan apa adanya , bilamana ada insan yg sentiasa m'harap semua org menyenangi dirinya, bilamana ada insan yg sentiasa bertanya-tanya apakah salahku , bilamana ada insan yg masih tidak tau apakah ertinya 'syukur ' , bilamana ada insan selalu mengharap ada org yg akan mendengar dan memujuknya , bilamana ada insan yg risau akan sesuatu yg belom berlaku 
dan bilamana ada insan yang tidak menerima apa yang berlaku sebagai ketentuan Illahi , nescaya hatinya susah untuk tenang dan ceria .
Yakin la , Allah telah atur segalanya dengan cantik . Dan tanpa sedikit dugaan serta kesedihan , kita tidak akan tau menghargai apa yg kita ada dan belajar menjadi lebih baik di masa hadapan ♥

#sedikit demi sedikit dugaan dalam hidup melanda , aku belajar menjadi lebih baik dan sesungguhnya aku adalah manusia yg sangat jahil dengn apa itu benar dan apa itu salah , dan sekarang aku lebih celik . kerana setiap kesalahan yg telah dilakukan mengajar erti lebih matang dan dari situ aku juga belajar apa itu pelajaran dan pengalaman yg tidak baik mengajar kita menjadi lebih baik . 

- masa form 3 , ujung-ujung PMR , aku bru mengenal cinta monyet . Dan smpai skrg aku menyesal tak sudah sebb dh bagi tanggapan buruk pada diri sendiri . Sungguh penyesalan itu aku bawa hingga sekarang , walaupon skdar PMR , tapi aku tetap rasa betapa ruginya aku . Aku cuma score 3A 3B 2C je waktu tuh padahal aku ada kemampuan untuk dpat lebih dari tuh kalau aku berusaha .

- form 4 , aku rasa tak suka berada di kelas pertama sebb sangat buhsan . everybody keep study without know other things , once again , I making mistake . belajar main-main , lari kelas , melepak , dan bergaul dengan org2 yg salah . berterima kseh pada Mok , dia btoi2 turning point aku . Dia buat aku rasa dihargai dan bersemangat untuk belajar . Lagi sekali suma org kagum dengan aku . Kagum sebb dgn pantasnya aku naik semula time exm and akhirnya berkat kesedaran aku time percubaan SPM , aku score 8 A untuk percubaan and 6 A untuk SPM . Alhamdulillah . Masa tuh aku belajar sesuatu , aku selalu akan dpat apa aku nak cuma masa menentukan . Sejak itu la , aku belajar jadi tegas dan push diri aku untuk buat sesuatu yg membanggakan .
Dan sekarang suma org mesti xkan percaya , Myra yg dulunya nakal , suka main-main bole dapat ANC untuk diploma . ITU LA AKU . apa yg aku nak , Insyaallah akan dpat kalau aku betoi-betoi nekad . Aku bukan pandai , bukan bijak cemerlang , aku cuma anak kampung yg dpat bertapak di Uitm di tgh2 bandar ni untuk secebis ilmu dan rasa ingin bersaing dengan kawan-kawan buat aku berdiri lantang untuk menjadi lebih baik . Bukan untuk perhargaan tapi SEBUAH KEPUASAN :)

Monday, 12 November 2012

Berat untuk mengalah .

Masalahnya sekarang macam mana nak ajar diri supaya senang mintak maaf , mengalah dan terima kekalahan . Berat sangat , terlalu berat . kadang-kadang tak paham kenapa tak bole dan susah . hadoii , kecian la pada mereka-mereka yg jadi mangsa kau tuh myra . Kesedaran tu sentiasa ada cuma nak melakukan tu susah . kadang-kadang bole praktik , kadang-kadang tak bole . Kenapakah kau wahai myra , berat sangat nak berubah jadi manusia yg lebih baik ni ! Berat sangat mulut kau nak mintak maaf dengan ikhlas .

SEBAB DARI KECIK AKU DAH AJAR DIRI AKU , KALAU AKU LEMAH , AKU MENGAKU KALAH SEDANGKAN AKU BOLE MENANG , ORANG AKAN TINDAS AKU , AKAN PIJAK-PIJAK AKU.

Sepatutnya ajar la mindset tu perkara yg baik . Haishh . Tuhan , lembutkan hatiku . Mudahkan aku mengalah bila perlu dan kuatkan aku bila keadaan mengharuskan nya supaya tiada insan yg akan terluka terutamanya CINTAKU kerana aku besar kepala akibt terllu dimanjakan sejak dulu :)

*gatal muka sebb makan BUDU ,kelantan sangattt aku neh :)

Tuesday, 6 November 2012

malas nak g kelas .

bila kelas tengahari habes pukul 12 dan kelas petang mula pukul 4 , sumpah malas nak menapak pegi kelasssss . . . . . . . . rasa nak tido dan tido dan tido dan tido . . . .. kenapakah kena ada byak kelas dan belajar mcm2 benda yg kadang-kadang otak gelong aku ni xdpat terima , huh !
ok bai , nak siap g kelas *muka tak rela :(

AKU TAK PAHAM APA KENA MENGENA GAMBAQ BINATANG KOALA NI  DGN PASAI MALAS NAK G KELAS :)

Pesanan buat hati :)

Wahai hati , jangan la cepat jatuh suka pada lelaki lain kerana kau sudah punya insan yg mencinta dan menyayangi mu sepenuh hati .
Wahai hati , tidakkah kau kesali kalau permata tak ternilai dalam genggaman mu ini merasa rugi dan menyesal menyayangi mu .
Wahai hati , risaukah kau kalau permata ini meninggalkan mu dan mencari bunga lain .
Wahai hati , cepat la belajar erti bersyukur kerana punyai permata yg tidak hanya berkilau tapi berharga .
Wahai hati ,berhenti la mencari yg lain , mencari hiasan yg belom tentu segah permata yg telah kau miliki ini .
Oh hati , aku ingin berpesan kepadamu kerana aku hanya mampu mengawal fikiran ku tapi tidak mampu mengawal hati ku untuk menyayangi org lain . Oh hati , tetapkan hati , jangan kau berpaling tadah dan jangan kau lakukan sesuatu yg akan disesali suatu hari nnty kerana kelak sudah tiada guna andai kau menangis dan merayu bila si Insan permata ini berkecik hati dan pergi kepada yg lain :)

Monday, 5 November 2012

Budget Bujang ! Huhhh #

aku xtau korang penah jumpa ke tak orang macam ni , tapi aku sellu jumpa lelaki macam ni , bukan nak mengeji cuma nak meluahkan apa yang aku rasa . Aku xcakap yg kita kena inform 1 dunia yg kata kita ni ada pasangan , but the most important thing is bila kau dh ada pasangan yg sah contohnya suami atau isteri , kena la inform kat org lain. tak yah nak berlagak kau tuh macam bujang so that kau available nak flirt dengan sapa-sapa pon . Tapi kalau kau ada awek or pakwe , so kau xyah la nak kecoh bagitau 1 dunia plak kan . Yang tuh xdituntut pon .

Yang aku dok kecoh sangat ni bila kau ada wife # aku sebut wife sebb kwn lelaki aku yg act mcm tuh # , kau xmengaku and gempak sangat bagitau mcam kau ni single mingle . Haishhhh . tak baik bro , apa perasan wife kau kalau dia tau apa kau cakap tuh . Mesti dia rasa xdihargai . Kecian sangat pada kaum-kaum yg taat setia pada suaminya tapi si laki plak bole buat endah xendah tanpa memikirkan perasaan si bini .
( maaf la , aku pon tak paham apesal ayat aku skema sangat *gangguan emosi ) .

My first experience , ada sorang mamt tuh , ambik no aku kat kedai topup , then mesej2 aku , ajak jumpa la apa la , ajak kluar ape suma. After that , aku tnya sapa pompuan yg dengn anak-anak yg sellu dia bwk petang-petang tuh , selamber plak dia tipu aku cakap tu akak dia , dia tolong ambek akak dia balik keja sebb hubby akak dia keja kat luar . Hampehhh , penipu besar sebb last mak sedare aku bgtau tu wife dia , cehhh . kantoi dohh . Sekrg kalau jumpa kat kg , aku rasa nak tebas2 je muka xmalu dia tuh . kecian je aku tengok wife dia , si wife dh bersush payah membesrkan anak2 , kau sedap2 dok budget bujang bagai . Tak guna !

Second experience , ni kwan aku , sebelom ni aku mmg xsuka sgt dgn dia sebb sellu budget single kat dalam fesbuk padahal aku mmg tau dia dh kwen even perkhwinan tu family yg arrange kan . Hurmm, dia sellu tgur2 aku kat fesbuk , penh jumpa sekali dua , but not so close, beberapa hri lepas aku lepak ngn dia n kwan aku which is kwn baik dia . Hurmm , suck , rupanya perangai budget single dia lagi teruk dri dalam fb . Termalu sendiri sebb wktu tuh aku plak bwk kawan2 aku lepak ngn diorg . Haishhhh , bang dollah awat la ang ni jadi lagu ni . Bwak2 la insaf , kecian kat wife hang wehh .Tu la masalahnya bila wife stay kat lain state , yg si hubby plak kat tempat lain .

Dalam hati berdoa , one day kalau hubby aku jauh , tolong la jangan la buat perangai macam ni , tolong jangan layan aku yg dah sah sebagai isteri kau macam tuh okay abg syggg  .
# aku sendiri suka budget single kat fb macam xde BF tapi at least aku bukan bini org , bukan tunang org kan :)