Kerjaya Sebagai Brokers....
Dulu masa aku belajar kat Uitm Lendu, Melaka.. Aku ada sorang lecturer namanya 'Kamil Nasir'..
Dia dulu ex-broker di state broker. Selama mana dia dok mengajar pasal insurans, dia selalu selitkan betapa enjoynyaaa hidup dia sebagai broker insurans.
And yesss... Aku selalu mudah terpengaruh dengan orang yang aku percaya. Sejak itu, aku sematkan dalam diri yang aku mesti cuba jadi BROKER.
Haaaa, bermula itu la penderitaan bermula. Awal bulan 7 tahun lepas, aku mula kerja disebuah broker dengan zero experience selepas seminggu habes study. Terima kasih Tuhan kerana murahkan rezekiku. Dan rezeki bertambah pulak dianugerahkan boss yang maha cerewet. Siang malam menangis tak berlagu wehh..
Mujuq la ada kawan-kawan baik yang sentiasa menyokong dan memberi semangat. Thanks Mummy (Ummi Adillah) dan Boss Hamzah. Tak lupa jugak untuk Encik Sepet saya. Terima kasih banyak-banyak. Aku terus bertahan demi mengenangkan seorang mak yang nak sangat aku terus berada di Kedah. Menderita hati ini demi keluarga.
Dan hari ni, setelah genap setahun, keperitan itu tak pernah berkurang. Semakin banyak kerja yang aku buat, semakin besaq skop kerja dan semakin menuntut masaku.Kesabaran juga makin menipis..
TUHAN, AKU MOHON MOGA KAU MURAHKAN REZEKI KU APA ADANYA. BERI AKU PELUANG UNTUK TERUS BERJASA DEMI KLUARGA TERCINTA.
Andai aku lelah, aku pasti kan mengalah :'(