Tuesday, 29 November 2016

BULIMIA !

Aku syak simptom bulimia ni dah lama bersemadi dalam hidup aku. Sejak sekolah menengah mungkin. Bulimia ni sjenis penyakit yang disebabkan gangguan personaliti atau kata lainnya ialah TAKUT GEMUK.

Pasaipa aku takut gemuk padahal aku memang gemok?? Sebb aku punya rasa takut yang extreme untuk tak nak bertambah gemok. Bulimia ni bilamana kita akan makan dengan  banyak dan muntahkan semula. Dengan harapan apa yang kita makan tu takkan sempat jadi lemak pon dalam perut ! Scary kan.. Hang sumbat berpinggan lepas tuh muntah balik.

Penghidap bulimia selalunya mempunyai selera makan yang tinggi macam aku. Sebabnyaa walau dah makan, aku masih boleh sumbat makanan dlm perut and end up aku akan muntah balik. Kalau tak muntah, mampuih aku duk tak tenang dan tak selesa.

Aku tengah mencuba untuk diet. CUBAAA yaaa tuan-tuan dan puan-puan. berjaya atau tak tu entah laa. Ada hari bila aku termakan dengan byak, konpem aku muntah balik ! Adoi, tak bole mcm ni. Aku kena serius pasal diet nih. Aku tak patut biarkan badan aku mengembang macm doraemon.

Doakan aku berjaya diet dan kurangkan penyakit bulimia nih. Sakit tekak hooiiiii..

Saturday, 26 November 2016

Living as fat person !

Related image

 Hi people. Living a life as fat person is really disturbing. Dalam otak ni asyik terpikir pasal bila nak kurus dan aku haruss kurus. Tapiiiii aku suka MAKAN. Yes, masalah paling besar ialah aku suka makan,.

Bila stress, aku cari makanan
Bila marah, aku cari makanan
Bila seronok, aku cari makanan,
Bila banyak duit, aku cari makanan.
Bila takdak duit, aku makan walaupun sekadar makan megi.

JANJI AKU MAKAN. 

Last year, aku buat atkins since Feb 2015 till Dec 2015, i lost almost 20kg. Yaaa tuan-tuan dan puan-puan 20 kg lesap tanpa ubat kurusss.. Tapi duit lesap jugak laa sebab modal nk kurus ni mahai sebab kita kena memilih makanan. kuang..kuang..kuang..

Then on Jan 2016, i stop atkins since i get pregnant. Gila apa nk diet atkins during pregnant. Tak cukup zat anak aku karang!

I gain weight almost 24kg during pregnancy. Bayangkan dari 76kg jadi 100kg,, hahahaa, Rasa nak menangis. Berat tu mendadak naik masa 36weeks of pregnancy dah. Gila kau seminggu naik smpai 3,4kg kan. Masa berpantang, i only lost 15-16kg only.. Warghhhh..Maknanya ada lagi 8kg lemak tebu dalam badan aku. Damn.

So, after 2 months berpantang I start again the atkins. hahaha. Tipu. Kali ni aku tak atkins bebetul sebab aku bosan plus aku taknak stresskan kepala otak aku pasal diet lagi dah. Have a lot of thing to think.

I start by avoiding rice. Avoiding sweet drinks. Avoiding mee. Avoiding white bread. 

Tapi aku makan yogurt and apple hijau yang sepatutnya dalam atkins tak ley makan benda alah tuh tapi peduli apa aku. Daripada aku kebulur baik aku makan jugak, at least byak ja khasiat yogurt dengan apple hijau tu kan dari aku menkedarah megi :P

Guys, please pray that i will succeed on my diet this time. Really need to loss at least 20kg again. Part yg paling tak best sekali ialah tgok orang lain yg lagi gemok dri aku tapi sangat berbahagia enjoy their meals tanpa perlu pikir pasal diet. Yg depa tau merungut gemok sajaaaa. But whyy laa aku peduli sgt pasal diet nih. 

Well, let them be and let us put effort to get SLIM.

GO GO POWER RANGER

Our little precious Nur Fadhilah Umaira Bin Mohamad Fadlullah




Bersempena dah setahun tak update blog, here i would represent our little baby. Rasa sekejb sangat kan. Hari tuh selepas setahun tak jengah blog terus update kata dah kawen dengan pakwe lama and now update lepas setahun update plak  kata dah ada baby. 
Kenapa namanya Nur Fadhilah Umaira ??

Nur = CahayaFadhilah = Kelebihan & Kemuliaan & Sopan SantunUmaira = Kemeriahan & Membahagiakan 


Sebenarnya aku memang dah simpan siap-siap nama, since ni anak pertama kami berdua yang menjadi lambang kukuhnya cinta kami kekononnya walaupun ribut badai melanda kan so aku berniat nak abadikan nama kami pada anak pertama kami. Actually i thought its was a boy so i plan to put name Ammir Fathilah but end its a girl. PRETTY GIRL.


Thats why nama tu sangat mirip nama aku dan lah. Aku nak orang panggil anak aku Maira or Dilah. Nama Maira tu sebenarnya ada sorg coordinator (En Azree) zaman aku dip dulu, dia suka panggil aku Maira sebab dia ingat nama Myra Hamzah tuh sebutannya Maira and adik myza namanya jugak Maira. Aku suka dengar org panggil Maira so end up aku letak nama anak aku Maira. Yang namanya sangat laa menyerupainya mamanya iaitu Mira. Mak aku asyik bebel cakap nama panggil anak ngan maknya sama je bunyi. hahaha. pedulikan !
Sebenarnya nak berkongsi detik-detik 9 bulan mengandungkan dia dan pengalaman tapi masa dan waktu tak mengizinkan aku karang entry panjang-panjang macam dulu lagi.
Cukup laa semua org tahu yang She's a good baby girl. And also strong like me ;)


Monday, 21 November 2016

SAYANG BLOG !

Hai..

Last update blog ni setahun yang lalu. sebenarnya ada ura-ura dalam hati nak delete blog nih sebab banyak sangat cerita merapu or might i say those story which seem childish. Kisah cintaaaa monyet Nurul Ammira and macam-macam. Sungguh, malu balik bila baca.

Tapi SAYANG sangat nak padam sebab banyak perkara yang aku tak ingat tarikh tapi aku banyak coretkan dalam blog. Kenangan mungkin :)

Cik abam pon cakap tak yah padam. Rasa macam nk delete memana post yg sebelum ni atau edit sikit post yg merepek tuh tapi sungguh la mana la aku ada masa nak buat semua tuh. Semua masa-masa aku terisi dengan kerja, kerja dan kerja.

So sementara ada masa lapang neh, aku nk update entry banyak-banyak.
Okay, got to go. Maira dah bangun. Lapar susu agaknya...