Saturday, 22 September 2012

Personal Development , Cewahhh , tajuk kemain lagi !

Hari ni first time masuk kelas , belajar subject personal development kod MGT 535 ke 533 ntah. Hehe . Aku memang ada masalah menghafal kod dari sejak sem 1 diploma lagi . It's a quite interesting because my lecturer Madam Rohani ask me to list down Keburukan Dan Kelebihan . It's like macam nak bgtau apa personality kita , macam mana perangai kita and how we act  ! Dia jugak mintak kitaorg tulis apa prespective org lain everytime org lain pandang kita atau kenal kita. So , aku rasa benda tu menarik untuk dikongsi dan aku rasa excited nak buat entry pasal perangai - perangai aku yang kekdang BIUL niey ;)

1. Cepat marah bila penat .
2.Mudah panik dalam sesetengah hal .
3.Berpikir panjang tentang masa depan .
4.Peramah
5.Banyak cakap even dengan orang yg bru kenal .
6.Ambik berat pasai org len.
7.I will do anything to achieve what I want .
8.tegas bila berkait rapat dengan sesuatu yang penting dan serius ( contohnya assigment atau kerja)
9.suka memerhari dan menilai org .
10.Pendirian tetap - susah dipengaruhi . Bila cakap xnak buat , takkan buat .
11.Tak suka dibenci org lain (kalau tau ada org xsuka cepat2 ambik hati dia dan mintak maaf )
12.Bila ada tanggungjawab , buat bersungguh-sungguh
13.I want everything complete but simple .
14.I can be a good motivator.
15.Love freedom so much ( hak membuat keputusan di tgn sendiri )
16.Suka buat keputusan sendiri and rela hti tanggung akibat .
17.open minded.
18.Out going person.
19.Can talk about everything .
20. Orang selalu akan kata aku sombong ataupon garang dengan hanya melihat muka , when they start talking to me , then they will realize how friendly I am ;)

ada banyak lagi yg buruk and yang baik , tapi aku mengantok . malas nak karang panjang-panjang . korang pon mesti malas nak baca kalau panjang2 kan . tak kisah la ada yg cakap aku syok sendiri . .  Tea Kopi , Mampus Pi ! ;)



Wednesday, 19 September 2012

menilai sikap melalui cara berjalan ;)



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnyawanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
okay guys , yg aku highlightkan tuh memang adalah aku secara 90 % , it's really real me . Aku memang suka berjalan tanpa melihat kiri dan kanan sebb tuh kadang-kadang kalau orang panggil takpon tegur , it's looks like I don't care , actually like seriously I don't even saw them . Sory kawan-kawan kalau ter ignore korang tanpa sengaja . berbicara pasal teguh pendirian , dari segi penilaian yg sedalam dalamnya , aku memang jenis yang susah nak berubah . Once aku dh cakap yg tuh , nak yg tuh , aku mesti dapat and what ever it is , aku mest snggup buat apa saja untuk dapatkan . Dan aku warning , jangan cuba-cuba rampas apa yg aku nak . Selalunya aku bila terkilan tak dapat sesuatu sebb org lain dh dapat , aku mesti akan cakap " takpa , kali ni dia dapat , lain kali aku mesti dapat balik " . Berdendam gitu . Suka ditentang atau tak suka ditentang , itu lagi la sebijik aku , mcm copy cat plak . Selalu apa yg aku cakap atau concludekan , aku tak suka org menentang atau menafikan ataupon berbalah . Kalau orang tuh tak nak mengalah, maka aku akan membebel , dan terus bercakap sampai org tu buhsan and lastly i will be the winner . Yuhoo , I love to be winner in all the thing ( tolong jangan ada perangai tuh dalam diri sebab ianya sangat la annoying ) . And yess , I love to speak to whom that have mature thingking and open minded . Tak suka bercakap dengan org berfikiran negative , sebbnya org mcm tuh sellu buat org lain rasa down kn . Maaf la kalau aku ni agak mengada but that is truely me , MYRA HAMZAH ;)

Tuesday, 11 September 2012

korang tak paham cara aku !

kadang-kadang orang rasa semua orang suka jadi orang yg bertanggungjawab dalam sesuatu benda , suka nak pegang kuasa , suka jadi glamour , suka jadi orang yang semua orang kenal  . .  malangny aku bukan orang yg suka semua tuh .

kekadang terkilan bila jawatan apape , kawan-kawan akan suggestkan nama , kalau orang lain mungkin rasa bangga bila orang mengharapkan kita tapi aku tak suka , aku bukan tak bole jadi orang yg diharap , bukannya aku manusia yang tidak tahu apa rasanya menggalas sebuah tanggungjawab tapi terkadang aku suka cara yg begini , cara yg biasa , tak dikenali orang , bole buat apa saja yg aku nak , tak terikat dengan komitmen , bebas belajar dan kemana yg aku nak . Hurmmm . korang tak paham cara aku . . . Aku tak suka jadi formal . Tak nak buat orang lain kecewa bila aku tak bole buat sesuatu keja dengan baik .

Mencari keredhaan bukan benda yang senang . Berdikari juga benda yang aku tak suka bila belajar . Terkadang rasa menyesal sambung belajar tapi kalau tak sambung , rugi la aku . mana nak dpat ilmu dengan lebih mendalam  .

Aku tak biasa dengan semua neh . tapi aku berdoa dan bermohon pada yang Maha Esa supaya Dia teguhkan hati ku , kuatkan iman ku , tebalkan kesabaran supaya aku berhenti mengeluh dan buat semua ni dengan penuh keikhlasan . Mencari ilmu beroleh pahala . Dan dah smpai masanya aku berubah , berubah ke arah kebaikan .
Sory kawan , aku bukan tak hargai kepercayaan korang tapi aku tak nak mengecewakan orang lain dengan sikap sambil lewa aku niey :'(

Monday, 10 September 2012

Berkorban untuk mereka yg ku sayang .

secara officially nye hari ni aku dah bergelar pelajar ijazah di Uitm Shah Alam , bukn lagi pelajar Diplom di Uitm Lendu Melaka . Kekadang speechless , kekadang terasa menyesal , macam-macam yang aku rasa . Penah jugak aku give up dan rasa putus asa untuk sambung belajar bila mengenangkan keadaan kewangan keluarga yg tak stabil ketika ini , apatah lagi keadaan kesihatan ayah aku yang sangat merisaukan aku . Hurmm . . . namun aku gagahi dengan berbekal kan azam dan kata-kata semangat dari insan tersyg , aku gagahi jua berkorban demi masa depan aku dan keluarga . moga-moga ada hikmah di sebalik kejadian. Ya Allah , Kau selamatkan lan keluarga ku dari segala hasad dengki dan busuk hati orang lain . Sungguh aku sangat menyayangi keluargaku . Aku pegang kata-kata Mok , mungkin sekarang aku susah tapi kalau aku terus bersusah payah dan tabah menghadapi segalanya pasti jalannya akan lebih mudah dan kejayaan itu akan lebih terasa manisnya ,. Amin Ya Rabbalallalamin ;)

TERLALU BERTUAH JADI MYRA :)

mereka sana sini berkata dan menyatakan aku bertuah memiliki insan itu . terkadang terkedu seketika , benarkah yg dikatakan atau aku yang tidak pandai menilai . Namun aku gembira , bahagia kerana memiliki beliau .
Cuma aku masih menjadi manusia yg tamak , yang tak pernah puas kerana ingin memiliki yang lain , sedangkan yang lain tak pernah sebaik beliau .
Kekadang terasa takut , risau bila memikirkan adakah Allah akan menganbilnya dariku dan memberikan kepada orang lain bila aku si bertuah ini tidak pernah tahu cara menghargai insan itu :)

DIA PUNYAI 1000 KEKURANGAN TAPI SEJUTA KELEBIHAN :)

Sunday, 5 August 2012

kerana bahasa inggeris :'(

Baru lepas balik jumpa cousin aku kat rumah dea . Aku ada ramai cousin but still aku la si kakak yg paling tua , yg laen semua muda-muda belaka , sebb tu la aku ni garang plus tegas extra kuat membebel . Pekak jugak la telinga adek-adek aku tuh .

Berbalik pada cerita pasal cousin aku ni haa , nama Fahmie , I call him Dik Mie , Dea bru je mula semester 1 di politeknik di kedah , aku pon tak tau nama POLI tuh actually , dan semalam my beloved mom cerita yg Dikmie nak quit belajar sebb dea rasa dea xley carry belajar . Dea rasa sgt sush belajar in english , everything in english cuma pendidikan islam je bahasa melayu . He got 6 A in SPM , hello 6 A okay ! dengan berbekal 6 A aku dulu aku bole dekan every sem smpai bole dpat ANC , Hurmmm, i admit yg aku sgt kecewa dgn cousin aku . dea bole ambik tuisyen malam2 . dea bole belajar , bca article english plus with ur encourage , u can do everything . aku masa sem 1 , bca buku siap kmus sebelah sebb xpndai bahasa english but Dik mie belom exam lagipon tapi dh nak quit , sebb rasa TAK BOLEH , ohh please darling , u the one yg menentukan bole ke tak !

Last2 dea ambik decision nk msuk IKM which is Insititut Kemahiran MARA just to get SIJIL , hurmmm , kemana sgt la sijil tu bole bwak kau . haishhh , kecewanye aku . dah puas nsihat , berleter . moga - moga Allah bukakkan pintu hatinya untuk dengar nasihat aku tuh .

DALAM HIDUP NI PELUANG KADANG-KADANG TAK DATANG BYK KALI , KITA LA YG MENENTU ARAH TUJU PELUANG TUH , KALAU KITA HARAPKAN PELUANG LAIN , MUNGKIN ADA MUNGKIN TAK ADA . HIDUP DENGAN KEMUNGKINAN TAK MENJANJIKAN APAPA TAPI HIDUP DENGAN KEPASTIAN MENJANJIKAN SESUATU ;)

Saturday, 4 August 2012

Kegilaan Kerja Dan Jadi Gila Sebb Kerja :)

Yuhooo , excited nya nak buat post baru :)
Aku kat CC ni haa * cyber cafe . On9 kat sini je la . almaklum la berukband xley guna kat kg plus dh diterminate tanpa kebenaran aku padahal aku yg tak bayar , hehe . mcm mana nak byar kalau xley guna kan . hurmmm . actually banyak benda nak story ni haa , but CC ni dh nak tutup , tinggal lagi 10 minit je , mybe aku bole type dengan cepat . hehehe .
guys , aku nak cerita pasal cuti 4 bulan aku yg sgt awesome , ha ah memg awesome , awesome tak terkata , macam bangang . . But the great thing is sepanjang 4 bulan ni aku langsung tak payah mintak duit pada mak n ayah . Hurmmm , mcam dugaan time keja , org yg dengki , yg fitnah , dan macam-macam lagi .  mana kan kerenah bos yg sangat-sangat cerewet . Just imagine aku kerja 4 months non stop . Jangan tnya kenapa ! bukan sebab aku rajin sangt tapi sebb bos tu haa tak bagi aku cuti . sedih kan . aku langsung tak de masa nk enjoy , jumpa member-member tak yah story la . sampai kan bf sendiri pon terbengkalai . itu la penangan kerja . walaupun aku sellu merungut but i realize yg semua ni adalah tanggungjawab . It's teach me a lots of new thing . Yaa ,kenangan dan memori yang akan dikenang selalu dan yang mana-mana kenangan pahit tu dan kesilapan @ kelalaian yg aku buat hingga membuatkan aku hampir difitnah org lain akan aku jadikan pengajaran supaya tak diulangi . Okay bye . . . Nanty aku update lagi . sebab byk lagi benda nak diceritakan . banyak sangat :)