kita bercinta bertahun tahun dan akhirnya bila terpaksa berpisah , kita ibarat orang asing . sedih dan kecewa . aku yang meminta kita berpisah tapi tahukah kau aku juga terluka bila meminta perpisahan itu . aku meminta dengan hati yg kusut . aku tega mahu berpisah setelah kau biarkan aku digantung tak bertali selama berbulan tak contct , tak tahu apaa it sound funny seem kita penah berjanji bagai nak rak untuk bersama . dulu kau suarakan untuk bertunang tapi kerana aku maseh mentah dengan alam dunia maka aku menolak tetapi bila masa berlalu , tahun bertambah dan usia semakin meningkat , aku menyuarakan hasrat kau suatu ketika dulu , aku katakan yang andai kau mahu bertunang , aku sanggup memberi komitmen , malangnya kau menolak dan mengatakan belom masanya dan kau tak bersedia . tahukah kau betapa aku terluka
. namun aku sabar menanti kerana kau banyak berkorban . setelah berpisah , walaupun kau dan aku masing masing berat menerimanya tapi setelah berpisah , aku rasa tak betah tanpa mu dan risau kau beralih hati . Aku suarakan secara diam-diam ingin bersama semula namun kau tidak menjawab dan membiarkan aku tertanya tanya . halahai , kecewanya hati . Kau kata kau sayang . Tahukah kau sebenarnya tak ada orang lain pon di dalam hati . 2 bulan berlalu maka aku rela , aku makin mengerti mungkin kau sudah bosan melayan kerenah aku . mungkin kau juga sudah penat menghadap perangai panas baran ku . banyak betul mungkinnya . aku sendiri tiada jawapan . mungkin ini balasan yg aku terima kerana berada di landasan yang salah suatu ketika dulu . Mungkin Tuhan nak aku bersendiri dan berubah ke arah kebaikan . Aku maseh mengharap hati mu milikku walau ku tahu banyak perempuan lain yang menyendeng nak bersamamu . kau punya rupa , kau punya kerjaya dan kau punya personaliti yang menarik tapi siapa la aku kan . tiada rupa , perangai nya tidak cantek dan byak kelemahan . Maka aku redha , memerhati mu dari jauh bila kau tidak betah lagi melayanku seperti dulu . Halahai , Allah ada . Dea sentiasa akan mendengar dan melihat . Berilah aku kekuatan . Berikan la si kekasih yg ku sayang itu sebuah kehidupan yang Kau redhai dan andai Kau takdirkan dia bukan milikku , berikan lah dia seorang perempuan dan mampu menjaganya dengan baik dan lebih baik dari ku sendiri . Sakit . Sakit . Sakit dan sakit melepaskan mu ! Apakan daya, aku hamba-Nya yang hina yang tiada daya mengubah takdir :'(