Wednesday, 7 October 2015

Padam Blog !

As Salam,

Hi...

Aku tengah terpikir pasal nak delete blog. Heeee. . . 
Bila baca balik semua post-post zaman jahiliah dulu espcially around 2011 to 2013, memang rasa malu. Asyik dok cerita pasal marka sajaa kan. Haishhh. Nak delete satu-satu konpem laa malassss. . . 

Baru tau yang rupanya si Lah dah jumpa blog nieh. Sob..sob..sob.. dah tak best nak meraban di sini sebab nanti semua benda suami tahu. Nak shre rhsia pon dah tak boleh. Ohh, beliauu yang kupuja separuh mati tu dah jadi husband aku. Yeayyy, Alhamdulillah. Tak sia-sia ayaqq mata aku dok perabis dlu kan.

Blog ni banyak kenangan. Banyak sangat. Kemungkinan ada benda yang aku tulis tapi aku dah lupa. Rasa sayang sangat nak padam. Mungkin ada benda yang baik. Ada juga yang tak baik. 

Hurm. Tunggu la bebila kalau dah dapat hidayah, i padam laa blog.
Buat SI SUAMI, boleh baca blog. kalau ada salah silap sila tegur. Jangan memarah tauuuu. Syg tak suka !!!


* Nahhhh, I belanja gambaq kawen sekeping. Memang suka gambaq cenggini sebb lagi nampak natural :)

Thursday, 9 July 2015

Brokers Insurans

Kerjaya Sebagai Brokers....

Dulu masa aku belajar kat Uitm Lendu, Melaka.. Aku ada sorang lecturer namanya  'Kamil Nasir'..
Dia dulu ex-broker di state broker. Selama mana dia dok mengajar pasal insurans, dia selalu selitkan betapa enjoynyaaa hidup dia sebagai broker insurans.

And yesss... Aku selalu mudah terpengaruh dengan orang yang aku percaya. Sejak itu, aku sematkan dalam diri yang aku mesti cuba jadi BROKER.

Haaaa, bermula itu la penderitaan bermula. Awal bulan 7 tahun lepas, aku mula kerja disebuah broker dengan zero experience selepas seminggu habes study. Terima kasih Tuhan kerana murahkan rezekiku. Dan rezeki bertambah pulak dianugerahkan boss yang maha cerewet. Siang malam menangis tak berlagu wehh..

Mujuq la ada kawan-kawan baik yang sentiasa menyokong dan memberi semangat. Thanks Mummy (Ummi Adillah) dan Boss Hamzah. Tak lupa jugak untuk Encik Sepet saya. Terima kasih banyak-banyak. Aku terus bertahan demi mengenangkan seorang mak yang nak sangat aku terus berada di Kedah. Menderita hati ini demi keluarga.

Dan hari ni, setelah genap setahun, keperitan itu tak pernah berkurang. Semakin banyak kerja yang aku buat, semakin besaq skop kerja dan semakin menuntut masaku.Kesabaran juga makin menipis..

TUHAN, AKU MOHON MOGA KAU MURAHKAN REZEKI KU APA ADANYA. BERI AKU PELUANG UNTUK TERUS BERJASA DEMI KLUARGA TERCINTA.

Andai aku lelah, aku pasti kan mengalah :'(

Friday, 26 June 2015

New brand of Nurul Ammira ;)

Salam.

Hiii .. . .  Long time no see. Lama rasanya tak update blog. Last entry bulan 9 tahun 2014. Dan sekarang dah bulan 6, 2015. Means almost 9 months blog tak berupdate.


Rinduuu. Ya. Sangat rinduuuuu..

Banyak benda yang dah berubah. Yes, kalau nak cerita semuanya mungkin aku kena taip entry ni sampai pagi esok. Well, mari kita mulakan ringkasan perubahan hidup.

Bismillah..


Study

Okay. Officially I dah habes study bulan Julai tahun lepas. Alhamdullillah. I made it proudly. Semua berjalan lancar. I even get "BEST STUDENT INSURANCE PROGRAMME" masa konvo. Honestly, nobody can describe how happy i am. Kalau ada orang yang follow blog ni, dia akan tau aku memang bercita-cita nak dapat Degree First Class untuk mak dan akhirnya aku berjaya siap dapat ANC lagi. Thanks Mak untuk doa. Thank Allah for your bless ;)

Kerja

Orait. Selepas seminggu aku viva di Shah Alam, I been called for interview di Alor Star. And yes, its broker insurance. For those yang kenai rapat, dia akan tau cita-cita aku memang nak jadi broker sejak dari diploma lagi becoz i found that a broker is very challenging. Dan selepas seminggu, diorg call panggil masuk keja. Yeayyyyy. Jujur aku cakap, mula-mula kerja aku tido tak lena. Rasa nak give up sebb keja banyak gila, bos cerewet dan banyak gila keja aku nak kena cover bila orang lama tinggalkan kerja cenggitu je. I thought that aku tak akan bertahan. Hari aku hampir setahun aku kerja di sini, Alhamdulillah aku masih survive. Most unbelievable thing is aku naik pangkat dalam masa 5 bulan berkerja from Executive to Unit Head. Then 4 months after that, baru aku dapat official letter untuk kenaikan pangkat as Senior Executive. Even semua orang cakap aku la orang pertama yang cepat gilaaa naik pangkat. Again, Thanks mak and Allah for your bless. Tapi kerja tak semudah tuh. Rasa nak gilosss.

Kereta

Hi, pasal kereta. End of 2013, adik aku belikan aku Alza. Okay. Alza tu dia yang nak tapi belikan untuk aku. And semua orang tahu aku sukaaa sangat Persona. Tapi apa boleh buat, aku ekutkan je apa adik aku nak. Huh !! Bila aku kerja di Alor Setar, aku still guna Alza. Then bila nazak sebb asyik share kereta, lastly i decided to buy a new car. After adik n mak aku approved (well, aku memang akan ikut cakap mak), I bought a Persona. Yeayyyyyyyyyy.. Tapi bukan Persona coklat la ea tapi warna merah, mak tak kasi ambik warna coklat katanya nanti aku dok bersedih teringat kenangan lama-lama. Mak memang memahami. 2,3 bulan pertama pakai Persona, aku siap menangis menangis sebab rinduuu. Damn !


Okay. Tu ja sedikit sebanyak pasal my life yang sekarang. InshaAllah ada masa lagi, akan update lagi ;)

Tuesday, 9 September 2014

HATI !

Hati,

Aku tak paham kerenah mu. Kau masih membuatkan aku merindui si dia yang jauh. Kau masih membuatkan aku menyayangi si dia yang telah jauh meninggalkan aku. Sudah sudah la hati. Jangan kau seksa lagi aku. Aku penat dengan permainan ini. Aku runsing dengan keadaan ini. Aku benci begini aturannya.

Kau yang ku sayang, kau yang ku ingati, kau yang aku sayangi dan juga kau yang sentiasa aku cintai . Pergi la. . bina bahagia kau seindah mungkin. Jangan kau pandang aku disini, InshaAllah aku masih disini . Mencari kebahagiaan yang aku sendiri tidak tahu dimana dan dengan siapa. Harapannya aku akan sentiasa tabah disini .

Moga Tuhan permudahkan jalan ini. Moga Tuhan memudahkan segala urusan ini. Amin


Regards
NURUL

Tuesday, 6 May 2014

Pilu .

Pilu jugak kadang hati ini melihat mereka mereka disekeliling ku yg ambil mudah tentang solat . Acap kali aku melihat mereka tidak solat . Aku bukanlah hamba-Nya yang baik , masih belum cukup amalku , masih gentar nak menghadapi mati apatah lagi dengan tabiatku yg suka melambat-lambtkan waktu solat .Haishhh , tapi dan tapi aku melihat mereka lansung tidak mnjengah sejadah ketika sampai waktu nya apatah lagi Zohor . Heran dan heran, adakah anda qada solat zohor hampir setiap hari di rumah . Sayang lah wahai saudara seagamaku , kita sama-sama diberikan rezeki oleh Allah SWT tapi sujud pada-Nya juga kita masih liat . 
Tidak takutkan anda kalau Dia yg Maha Memberi juga tiba-tiba liat untuk memberi rezeki pada kita ? 

# KITA BOLEH BAWA ORANG KE SEJADAH TAPI KITA TAK BOLEH PAKSA DIA UNTUK SEMBAHYANG

Friday, 2 May 2014

Cinta yang sia-sia

Salam . 

Bila dok sorang-sorang terutamanya sebelum tido , aku mesti terkenang-kenang zaman bercinta dulu . Sayu hati . Rasa bodoh . Rasa kesal . Rasa bangang. dan tak lupa juga rasa bahagiaa . Bertahun aku sia-siakan masa demi cinta . Dan cinta itu akhirnya menjerat hatikuh dan berlalu pergi ibarat aku tiada harga . Ibarat pengorbanan aku selama ini tiada erti , tiada nilai . Huh , Bila aku terpandang muka my ex-ex ( mcm banyak sgt bekas bf) , hati rasa macam retak retak , pakai p la gam jenama apa pon , konfem tak bercantum balik . Terkadang pernah jugak aku tertanya , rasa apakah anda bila melukai hati orang lain? risau juga aku andai bila terkena pada kalian sendiri ,pasti gentar pula kalian untuk menghadapinya. Jangan sia-siakan lagi orang yg menyintai anda setulus hati selepas ini . Cukuplah aku sebagai manusia yang tersilap itu . Tersilap menyayangi anda-anda sekalian. Aku harap kalian mampu melindungi dan menjaga aku tapi lain pula yang terjadi . Aku harap dengan pengorbanan aku itu mampu membuatkan kalian menyayangi aku , malangnya aku silap . Aku tak pernah benci kalian , cuma aku benci dengan apa yg kalian lakukan . Moga Allah lahirkan keinsafan di hati kalian ;)

Terima kaseh bekas kekasih . Anda-anda mengajar aku supaya jangan mudah mempercayai manusia !


Teringat :)

Hai .

Exactly semalam cuti , cuti HARI BURUH ! Dan aku hanya duk rumah , mengemas rumah , kemas kain baju adek-adek , mop rumah dan melayan drama BUKAN AKU TAK CINTA lakonan abg JEBAT yang gagah perkasa . Homaigodd , Sharnaaz sangat kiut dalam watak itu . Lah dulu macam tu la , suka buat lawak sengal sengal ubinya tu , apatah lagi time kepala botak masa mula-mula rekrut polis . Niat hati nak menghilang bosan tapi teringat plak kenangan lama .Menambah kusut lagi ada laa . Hai laaa , dah naseb badan , apa boleh buat kan . Apa kuasa aku kan . Huishhh. sayu betoi entry neh .


Lah , saya sudah tak tau aturan dan perjalanan hidup awak tapi semoga sentiasa bahagia, semoga sentiasa sihat dan jangan lupa Tuhan awak ea . Jangan jumpa perempuan macam saya lagi .


# semua orang tau tinggi mana sayang aku pada kau , cuma kau yang tak tau . takpe , Tuhan tahuu :)