Tuesday, 6 November 2012

Pesanan buat hati :)

Wahai hati , jangan la cepat jatuh suka pada lelaki lain kerana kau sudah punya insan yg mencinta dan menyayangi mu sepenuh hati .
Wahai hati , tidakkah kau kesali kalau permata tak ternilai dalam genggaman mu ini merasa rugi dan menyesal menyayangi mu .
Wahai hati , risaukah kau kalau permata ini meninggalkan mu dan mencari bunga lain .
Wahai hati , cepat la belajar erti bersyukur kerana punyai permata yg tidak hanya berkilau tapi berharga .
Wahai hati ,berhenti la mencari yg lain , mencari hiasan yg belom tentu segah permata yg telah kau miliki ini .
Oh hati , aku ingin berpesan kepadamu kerana aku hanya mampu mengawal fikiran ku tapi tidak mampu mengawal hati ku untuk menyayangi org lain . Oh hati , tetapkan hati , jangan kau berpaling tadah dan jangan kau lakukan sesuatu yg akan disesali suatu hari nnty kerana kelak sudah tiada guna andai kau menangis dan merayu bila si Insan permata ini berkecik hati dan pergi kepada yg lain :)

2 comments:

  1. Uhuhuhu!!susah jgk nk mnjga hati spya setiakn :)

    ReplyDelete
  2. sangat susah , I always making mistake sebb kdang-kdang tanpa sedar dh flirting dgn org lain :)

    ReplyDelete