Aku ada banyak impian yang aku simpan dan juga banyak janji yang aku sendiri janji untuk ayah aku tapi malangnyaaa janji dan impian itu cuma sekadar angan-angan bila ayah meningga1 beberapa hari lepas ( 19 Jun 2013, 3.30 pagi , wad bunga raya hospital sultan abdul halim ) dan dalam tempoh itu juga aku bakal menghadapi final exam yg tinggl hnya beberapa hari saja lagi ..hebat sungguh dugaan kali ni . . semua titik air mata aku simpan dan pendam , aku lansung tak menangis that time walaupun dlm hati hibanya tak terkata . adik -adik terutama adik sulung lansung rebah tidak mampu berdiri bila saat ayah dah tak dak . aku si kakak cuma terpaku tidak terkata apapa ditepi dinding dan langsung tidk mampu memujuk adik . Semua org memandang ku tanpa aku sendiri tidak memahami apa yg mereka cuba tafsirkan tapi aku yakin di dalam hati suma org menyatakan aku sangat la degil dn keras hti sehingga tidk mengalir setitis pon air mata . tiada siapa berdiri disamping ku untuk memujuk seperti mana mereka memujuk mak dan adik-adikku.
Didalam hati cuma aku sahaja yang mengerti , diamku sebenrnya aku sedang memujuk hati dengan mengatakan 'tidak apa kalau ayah meninggal kerana aku tidak sanggup melihat ayah menderita kesakitan' , tiada air mata menitis kerana sejak dahulu lagi aku selalu menitiskan air mata ketika keseorangan setiap kali aku melihat seorang ayah bersusah payah menahan kesakitan sedangkan aku anaknya lansung tidak mampu mengurangkan kesakitannya , keras hati ku ini kerana aku sedang menahan perasaan untuk tidak membuatkan hati seorang mak kesedihan . Bnyak impian-impian dan aku sellu cakap one day bila aku dh kerja , dah kwen , aku nak buat itu buat ini untuk ayah tapi Allah lebih sayangkan ayah , aku tau ayah takkan hidup lama kerana organ dalaman yg rosak tapi aku tidak menyangka secepat ini Allah mengambilnya dariku . Terlalu banyak yang ingin ku luahkan , kekecewaan , kesedihan , kehampaan dan juga rasa kehilangan yg amat sangat tapi bicara tidak mampu diucap cuma disimpan di hati . melihat aku yg begitu tabah tanpa kesedihan , aku disalah erti oleh saudara2 dan mak sendiri kerana mereka menyangka aku tiada perasaan . Tahukah aku sangat menderita ? Tahukah aku sebenarnya mahu menggantikan tempatnya ? Tahukah kalian betapa aku sangat sygkan seorang ayah ? Kalian tidak tahu kerana aku tidak pernah menyuarakan rasa hati itu sepertimana ayah ku sendiri yang tidak pernah menyatakan kaseh sygnya pada ku . tapi aku la anak yg paling disayangi , seperti itu jugalah aku harap ketika ayah maseh hidup , dia juga mengerti yang aku sgt sygkan beliau walaupun tiada bicara mengenai itu . ketahui ayah , semua kejayaan kak ini adalah suatu usaha untuk membuatkan ayah bangga , kak tau ayah bangga cuma ayah yg tidak pernah menyatakan tapi jangan risau , walaupun ayah tak dapat melihat masa hadapan , kak akan terus memperjuangkan apa yg telah kak janji untuk mak dan juga adik-adik dan walaupun tidak pasti cara apa tapi kak akan mendoakan yg Allah akan sampai kan semua kerinduan itu pada ayah . Supaya ayah tetap akan trus berbangga di alam sana .
Ayah tidak pernah mati di dalam diriku kerana aku lah anaknya yg mewarisi hampir kesemua sikap-sikap ayah sama ada negative dan positif , sedari dri kecil aku sangatlah mencontohi ayah sendiri . dan tidak dinafikan sikap berusaha dan rajin berkerja juga datangnya dri seorang ayah . Kerana membesarkan seorang anak ini hingga mampu berdiri seteguh dan setabah ini , terima kaseh ayah . Biar lah yg lain salah paham dan tidak mengerti tapi Allah sentiasa menjadi saksi betapa kak sayangkan ayah .
*okay , tak ley update panjg2 . rasa nak nges . Al fatihah untuk ayah .