sakit hati ada lah benda yang paling parah sekali dan kalau tak dirawat dengan iman dan sabar nescaya tergadai la sebuah perhubungan . Aku ada kawan - kawan , ada yang membahagiakan dan juga ada yg menyakitkan . Terima kaseh yang tak terlimpah pada yg yg membahagiakan dan juga terima kaseh kepada yg menyakitkan kerana aku percaya ada hikmah di sebaliknya :)
Sebuah perjalanan di bumi Shah Alam yg memerlukan sejuta kesabaran , Subhanaallah , Tuhan je tau betapa aku cuba menguatkan diri melawan rasa rendah diri dan cuba berjuang untuk berada di atas bersama-sama mereka . Betul kata bie , aku bersaing untuk bergelar no 1 sedangkan apa yg ada pada angka bilamana diri sendiri terseksa dan dikeji oleh diri sendiri . Aku belajar dan bersaing untuk jadi paling hebat di mata kawan-kawan dan org lain dimana aku sendiri tak pasti dimanakah penghujungnya !
Allah , tunjukkan jalan yang benar , elakkan aku dari terpesong. Buang lah segala perasaan benci , sakit hati , iri hati , dengki dan cemburu yg tersarang dalam hati ini . Sungguh mereka itu tidak bersalah hingga terpaksa menjadi mangsa kebencian ku . Kerap kali aku berdoa semoga aku disayangi suma org dan tiada rasa sakit hati akan bersarang di hati ini . Dan kerap kali juga aku gagal menepis godaan syaitan . Aku seperti tidak betah melihat ada yg lebih hebat dan megah dari ku. Apakah rsa ini Allah ? Aku khuatir ianya akan memakan diri ku suatu hari nanty tapi aku yakin dengan berkat -Mu , aku mampu bertahan dan cuma berprasangka baik .
Aku hanya insan biasa yang betah keseorangan bilamana aku ditinggalkan kerana aku yakin ada yg bersamaku walau pon apa pon yg terjadi . Kerana aku juga yakin Allah takkan membiarkan aku bersendirian menghadapi suma ini . Tuhan ku , aku menadah tangan memohon sejuta kerahmatan dari Mu , jaga lah hati ku , jaga lah minda ku serta jagakan jiwa ku kerana sedaya upaya aku mencuba aku hanya insan biasa yang tak kan pernah lalai berbuat salah pada Mu dan orang lain . Jagakan mereka yang sentiasa menjaga ku , ingatkan aku bila aku salah dan turunkan lah dugaan disaat aku lalai dan terleka dengan tanggungjawab ku pada mu Ya Allah .
No comments:
Post a Comment